Polisi Pemulangan Bayaran untuk Event Offline

1. Bayaran Deposit ke Akaun Broker

Untuk menyertai program ini, semua peserta dikehendaki membuat deposit ke dalam akaun broker yang ditetapkan. Deposit ini adalah sebahagian daripada syarat penyertaan yang ditaja oleh pihak ketiga (penaja program) dan tidak dibayar terus kepada syarikat kami.

2. Polisi Tiada Pemulangan Bayaran

Semua deposit yang dibuat ke akaun broker adalah tidak boleh dipulangkan (non-refundable) melalui syarikat kami.

Oleh kerana pembayaran dibuat terus kepada pihak ketiga (broker/penaja), syarikat kami tidak mempunyai kawalan ke atas sebarang urusan pemulangan deposit.

3. Pengeluaran Deposit dan Keuntungan

Peserta berhak untuk menarik keluar (withdrawal) jumlah deposit asal serta sebarang keuntungan (jika ada) selepas program ini tamat, mengikut terma dan prosedur broker masing-masing.

Segala proses pengeluaran adalah terus dengan pihak broker, tanpa penglibatan syarikat kami.

 4. Persetujuan Peserta

Dengan mendaftar untuk program ini, peserta mengakui dan bersetuju dengan terma berikut:

  • Tiada pemulangan bayaran akan dilakukan oleh syarikat penganjur.

  • Semua urusan deposit dan pengeluaran adalah tanggungjawab peserta dengan pihak broker.

  • Syarikat hanya bertindak sebagai penganjur event dan tidak bertanggungjawab atas sebarang isu berkaitan transaksi kewangan antara peserta dan broker.

5. Perubahan Polisi

Kami berhak untuk membuat perubahan ke atas Polisi Pemulangan Bayaran ini bila-bila masa tanpa notis awal. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta melalui emel atau notis rasmi.